Soalan Lazim

Sebelum anda tanya kami apa-apa, baca dulu page ni yer..Kot2 jawapan dah ada..

Berapa hari siap ek?
design: 1-3 hari, cetak: 1 hari, kurier 1 hari. Kesimpulannya, ia mengambil masa 3 hingga 8 hari bekerja. Hari Sabtu dan Ahad tidak termasuk hari bekerja. Kebiasaannya, hanya 3 hari selepas pelanggan setuju dengan artwork yang diberikan..

Boleh tak nak letak gambar dalam bunting kami?
Boleh, tiada caj tambahan dikenakan.. tapi, gambar tu biarlah terang dan berkualiti.. seeloknya gambar dari kamera digital/dslr/slr. Kamera handphone tidak digalakkan.. kualiti tak berapa cantik..

Boleh tak kami nak tengok dulu design?
boleh la sangat.. memang kami akan emelkan dulu artwork sebelum dicetak, selepas pelanggan setuju, baru kami cetak..

Boleh tak nak tukar-tukar design?  
Tak boleh, yang hanya boleh tukar ialah maklumat saja. maklumlah, kami tawarkan harga yang ekonomi, jadi,
janganlah dera kami yer.. kalau nak tukar jugak, kami akan caj..

Kalau kami ada design sendiri macamana?
Kalau pelanggan dah ada design sendiri, kami akan caj harga printing sahaja, iaitu RM2.00 sekaki persegi,
contoh: 6x2xRM2.00=RM24.00


Design dalam format apa yer?
design yang kami terima ialah dalam format .ai/.psd/.cdr/ dan .jpeg yang mengikut scala dan beresolusi tinggi.. kami tidak terima jika design dalam microsoft word atau excel atau power point. Jika anda ada kawan atau adik beradik atau sedara yang pandai design, mintalah depa tolong design, anda jimat, kami pun suka..


Penghantaran macamana pulak?
Penghantaran adalah percuma. Kami akan hantar menggunakan syarikat kurier yang femes2, seperti skynet, gdex, nationwide, poslaju, dan lain2 yang boleh dipercayai, mempunyai rekod yang baik selama ini. Anda jangan risau, pelanggan kami ada daripada Matu Daro Sarawak, Hulu Dong Raub, Tawau Sabah, bahkan dari Singapura dan juga Sudan.Jika anda nak ambil sendiri dikedai kami pun boleh..!


 Pembayaran?
Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer seperti cimbclicks, maybank2u atau lain2 bank, deposit tunai di kaunter bank, Western Union (Bagi pelanggan luar negara), atau pembayaran tunai di kedai kami.
sila simpan resit sebagai bukti pembayaran, emelkan, atau ambil gambar dan mms kepada kami. jika melalui Cimbclikcs, atau maybank2u, 'alert'kan kepada email kami (rz_print@yahoo.com).Maklumat akaun sila klik sini. Kami tidak terima kad kredit buat masa ini.. akan datang, Insya'allah..

Kalau barang yang kami dapat rosak macamana?
Pulangkan kepada kami, kami akan ganti dengan yang baru atau wang anda 100% dipulangkan.ini jaminan kami.Anda jangan risau, kami sudah menjalankan perniagaan secara offline hampir 10 tahun, amat Jarang pelanggan mengadu barang rosak, kerana kami menggunakan material yang tebal, tahan cuaca, dan ink dari jenis solvent, takkan luntur kena air!


Kalau tempah banyak, takde diskaun ke?
Mestilah ada! Diskaun akan diberikan jika anda tempah lebih dari 3 helai bunting. atau, lebih dari 2 helai banner.. nak jimat, anda tempah sekali dengan kawan2 sepejabat anda..untung woo..

No comments:

Post a Comment